Sunday, March 22, 2009

kesibukang









































amber leni tgh sibuk buat opis ...dok dang nok nulis...smula ah ...taing senang kita juper smula..

Friday, March 6, 2009

hari bergalok(sukaria) dang geleket(lucu)






















tadi amber dok dang nok ambik gambor di padang maziah.(datarang sah bando)...bolok wok(huru hara) skali depan datarang tu...kete ju juk(berderet) sampai tak dok tepat(tempat) parking....amber lalu jer tgk org mcm mcm peel...duk musing ketam..

ada blaker....penuh orang mari belaker orang ulu etc...sampai ker malang(mlm) ada kong sek(concert) pulok..
biasa lah orang darat(ulu) dok penoh juper...amber wat moda(modal).... tak pe pergi...hehehehehe

Taking care

saja jer ni

















doh lamer amber dok nulis ....maklum ler sibuk tahap dewa tu......keje stambung(bertimbun) kena settle. nok buat camner keje sendiri....

jap lagi nok gi sure rasa ke mender tahu kat tamang sah bando...mesti rama urang ulu tubek bando...saja gi wak bolok wok hehehehehe

cari idea sambil tengok mokwe ganu hok comel comel laker (yer dok comel comel blaker)
tapi tganu leni ramai doh mokwe canggih canggih rambut karat ada..etc
tapi mokwe dok pandang pung ke amber maklum ler kita pala botok pastu gemok debok.

smula ler.

Tuesday, February 17, 2009

gelab gugup (black out)















Bulang ni doh 2 kali belekaut(blackout) nok kate dok bayor bil amber bayor doh kat jabat(pejabat) poh(pos)...mungkin pasa urang bekki(baiki) jalang(jalan) ott (kot)......
nok wat keje dok leh... kareng(elektrik) tak dok ...nok tido nyamok kepul(banyak)...pasal dok leh nok pasang kipas.....amber duk kampung ....rock(semak samun) keliling umah....tadi pung pasang liling jer...nasib baik ada 2 batang....

Dang gini ceroh mata slalu... sambil sambil ym ngan saing..dia suker ah pasal baru kul 8pm....kite gok yang beleh(ngantuk) mata....esok mesti mata bekok cobong(bengkak yang besar)...
amber deretuh(tido) dulu...to be cont.

TEPAK DAYTING (TEMPAT DATING)






















Tadi amber dang(sempat) lalu ikut datarang sah bando (shah bandar)...teringat zamang dulu ..rama(ramai) saing-saing(kwn-kwn) dayting(dating) situ pah ceroh... dulu kawasang tu orang panggil tamang(taman) kalu nok juper awek mesti janji situ(tamang)...

kalau nok dayting biasa gi bando naik bas tapi kalu org kaya sikit naik muto sikal. Awek biasa gi naik bas jer....pastu jalang kaki ikut sejid(masjid) putih... peloh jeruk(banyak) gok ketiok tu..jauh kabor(bgtau) ker mung(awak ler)...

Dulu mana ada heng pung(handphone) kalu awek dok mari(tak datang) maknanyer sapa(sampai) pagi esok ahh tunggu duk situ.....pastu kalu jupe pulok masam catung(bengang) ler muka masing masing...mesti kena beleber hanyar(marah tahap dewa)......

Tapi tepak (tempat) yang sohor skali bagi org blajor pulok ialah lebri(library)....bangunan SAtu leni(skarang) depang bagunang yayasang.Sini hari sabtu ramai ah orang buat bolok(sibuk)..lagi pun sini best sikit nok ngacar hehehehehehe

selain dari tu ada lagi tempat dayting kat ganu macang panggung rex & cathy..ni untuk set-set(geng-geng) ganas atau pung rollerskate kat plaza perdana hehehehehehe
bereh ahhh nanti ahh pulok cerita...

Lorong Bombay

2 hari ni amber bolok wot (kelam kabut) skali pasal byk benda kena siap...kena buat keje nok tunjuk kat org(client).tapi nasib baik tu ada sokmo pasal awok tu(client)pun sibuk jugok.bila sebut jer bolok wot(kelam kabut) ingat amber kat tganu ada se(satu)tempat di tganu memang tempat bolok wot(kelam kabut) tapi tepat(tempat) tu doh sunyi sepi doh leni(skarang)...kalu ada sapa sapa ingat Lorong Bombay mesti senyum sorang kan?



amber dok tahu pok (pakcik) ni sapo...saja sekador hiasang...pok ni stail(style) rilex dok?


















Lorong Bombay
ni ada dekat bah steng(bus stand) lama skg ni tempat teksi bando(bandar)....kalu kl dia macang petaling sterik(street)....dekat situ ada org jual tali pinggang,jual cicing(cincin) siap buleh buat nama ukir atas cicing(cincin), jual kaysek(kaset) ...cd taing(time) tu tak dok lagi... kaysek(kaset) pun banyok yang cetok rompok.., yer lah taing(time) tu org mana ada stemek(budget)...kedai sini pun mcm stall org jual jagung leni(sekarang)..

Lorong Bombay
ada kat tengoh antara kedai jual barang dan kedai jual air tebu ngan kepok.
Kawasan ni memang bising dengan bunyi lagu keda kaysek(kaset) ngan bunyi mesing air tebu.
Biasa set-set(geng-geng)muda lepah(lepas) gi musing ketam(round-round) area plaza perdana atau hock kee seng(pasaraya).. mereka akang(akan) pergi makan kepok dan minum air tebu sambil dengor lagu di Lorong Bombay.

Dekat lorong bombay ada saleem(iklim) jual rokok...sebenarnya dia bukang saleem iklim tu tapi muka dia sutir(sebijik)mcm saleem iklim.hehehehehe sekarang ni dok tahu dia gi mane... entoh idup atau mati doh? ohh yer kalu nok tahu Lorong Bombay ni dia area belakang hock kee seng (klcc teganu tahun 80an)

Lorong Bombay mmg rama(ramai) org lepak walaupung duduk dekat dengang(dengan) asap bah(bas) yang pak king (parking) depang (depan) kawasang tu hehehe doh nok wak guaner taing (time) tu situ jer tempak(tempat) paling happenning....asap bah(bas) dok asap bah(bas) janji buleh galok(bersuka ria) tengok org rama(ramai) bolok wot(kelam kabut) kat situ...

Sunday, February 15, 2009

Kite kelanyak(punah) bahasa kite diri(sendiri)

ENAM tahun sudah berlalu sejak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 'dipaksakan' di sekolah.


















Suara bantahan terus bergema, malah makin lantang dan bertenaga, terutama melalui Gabungan Mansuh PPSMI (GMP). Sokongan rakyat dan masyarakat intelektual terhadap GMP begitu memberangsangkan sekali.

Ikuti wawancara wartawan *******, AHMAD LUTFI OTHMAN, ANIS NAZRI dan IRWAN MUHAMMAD ZAIN, bersama jurugambar WAN ZAHARI WAN MD SALLEHdengan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, di pejabatnya, Yayasan Karyawan di Pusat Bandar Damansara, baru-baru ini.

*******: Isu mengenai PPSMI sudah berlanjutan sejak enam tahun lalu. Jika dahulu para pejuang bahasa tidak nampak begitu menonjol seperti sekarang, dengan melancarkan kempen membantah dasar ini di khalayak ramai di Kompleks Membeli-belah Sogo, 1 Feb lalu. Mengapa agaknya baru sekarang bertindak sedemikian?

HASSAN AHMAD: Saya fikir begini, kita perlu takrifkan apa itu pejuang bahasa. Ada orang berfikir pejuang bahasa ialah aktivis bahasa, melaung sana melaung sini. Pejuangan bahasa ini adalah perjuangan ilmu, mempertahankan konsep dan prinsip yang benar. Bahasa Melayu dan pendidikan dalam bahasa Melayu tidak pernah menjadi masalah sepanjang sejarah bahasa Melayu, tiba-tiba ada pihak yang menyekat dan dijadikannya masalah.

Pejuang bahasa hari ini ini terdiri daripada sarjana bahasa, ahli sains dan matematik yang telah terdidik dalam bahasa Melayu. Para ilmuan ini bergerak ke tempat umum kerana saluran lain sudah tertutup. Media-media perdana tidak menyiarkan suara-suara kebenaran ini. Jadi rakyat tidak dapat mendengar hujah yang benar mengenai dasar ini. Yang banyak disiarkan ialah hujah pihak yang membuat dasar.

Namun, dengan adanya media alternatif, seperti blog, masyarakat semakin terdedah untuk membaca berita yang lebih bebas dan benar. Beberapa banyak orang memberitahu saya, takkanlah pelajar di sekolah kebangsaan luar bandar yang tidak mengetahui atau lemah bahasa Inggerisnya, tiba-tiba tidak pandai matematik yang diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham itu; ada di antara mereka mendapat tiba-tiba boleh dapat markah 'A'.

Statistik itu diragui oleh banyak orang. Rakyat tak tahu cerita sebenar.

Sudah beribu pelajar, ahli sains, profesor dan pensyarah pelbagai bidang sains dan matematik yang terdidik dalam bahasa Melayu sejak 30 tahun dahulu. Apakah mereka ini tidak maju dalam bidang-bidang itu kerana diajarkan dalam bahasa Melayu?

Apakah sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Melayu di Malaysia lebih rendah daripada sains dan matamatik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris di universiti luar negeri, seperti di Universiti Harvard, dan lain-lain?

Adakah Matematik di Harvard atau Oxford misalnya dua campur dua sama dengan lima (2 + 2 = 5)? Ilmunya sama. Konsepnya sama, tidak kira dalam bahasa apa pun ilmu itu diajarkan.

Sebanyak lima rundingan meja bulat diadakan bersama ahli pejuang bahasa dan pendidikan. Namun, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai Dato' akhirnya ke jalan raya. Menteri Pelajaran menyifatkan tindakan GMP ini akan membuatkan kerajaan tidak dapat membuat keputusan secara waras. Apa reaksi Dato' dengan kenyataan tersebut?

Sebenarnya, GMP bukan gerakan jalanan. Ini gerakan mempertahankan tamadun bangsa, bahasa Melayu, pendidikan Melayu. Kita cuba berfikir secara waras.

Kita bukan kumpulan 'gila bahasa Melayu'. Kita bukan gerakan antikemajuan, antibahasa Inggeris, antikerajaan. Tapi cuba fikir, dasar yang salah ini telah dilaksanakan selama enam tahun.

Apakah kita perlu tunggu enam tahun untuk mengkaji baik buruknya, sedangkan keburukannya sudah diketahui umum. Yang tidak waras atau istilah lain yang lebih tertib, yang tidak rasional, ialah orang yang membuat keputusan ini dalam tahun 2003, konon hendak tunjukkan bahasa Inggerislah yang boleh memajukan bangsa Melayu dan negara ini, bahasa Melayu tak boleh.

Masalahnya mereka tidak mahu mendengar pandangan dan hujah orang lain yang lebih rasional. Apa guna ada rundingan jika pihak berkuasa tidak mempedulikan fakta yang sebenar. Perlu kena tunggu enam tahunkah? Dalam tempoh itu masalah makin lama makin menjadi kompleks dan bertambah parah.

Baru-baru ini pejuang bahasa nampak ke hadapan. Selain sebab yang dikatakan tertutupnya saluran rundingan, ada yang berkata pejuang bahasa ini agak lambat bertindak secara lantang seperti sekarang. Kenapa agak lambat bertindak?

Hakikatnya, ketika kerajaan mula-mula membuat keputusan yang salah itu, banyak pihak telah menentangnya. Bukan Melayu sahaja, kaum lain pun tentang dasar ini. Orang Cina yang saya sendiri jumpa menentang PPSMI.

Surat khabar Cina menceritakan keburukan dasar ini, berdasarkan hujah ilmu dan kajian yang ilmiah. Surat khabar Melayu seolah-olah takut hendak menyiarakan pandangan dan hujah yang menentang keputusan itu, seolah-olah mereka tidak membela bahasa mereka sendiri, tetapi menyokong bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu bagi bangsa Melayu.

Yang diceritakan, menteri kata itu, kata ini. Banyak pelajar dapat 'A'. Pelajar dari sekolah mana? Pelajar dari sekolah kebangsaan di kampung dan di ceruk rantau negeri ini ke?

Cuba pegawai-pegawai kerajaan Kementerian pergi duduk dalam bilik darjah di sekolah luar bandar yang daif itu, dan lihat apakah benar pelajar itu faham apa yang diajarkan kepada mereka dalam bahasa Inggeris, bahasa yang mereka tidak tahu.

Kita sedang mengalami proses membodohkan diri kita sendiri, proses jahiliah. Islam sudah tinggalkan zaman jahiliah, kita masih hidup dalam zaman jahiliah, zaman orang tidak menghormati ilmu dan kebenaran.

Segala masalah yang timbul itu adalah disebabkan kerajaan membuat keputusan yang salah. Sepatutnya masalah tidak timbul lagi setelah 50 tahun kita merdeka.

Banyak orang berharap dasar itu akan diubah selepas pilihan raya 2004. Rupanya kita hanya sibuk dengan isu jambatan bengkok. Dasar yang lebih bengkok, iaitu PPSMI itu, tidak diselesaikan.

Yang kasihannya pelajar yang berada di luar bandar. Yang tiada mempunyai akses kepada kemudahan-kemudahan pembelajaran ini seperti yang terdapat di bandar. Wujud suasana tidak adil bagi pelajar-pelajar itu dalam hal dasar ini.

Bagaimana Dato' terdorong untuk mengetuai gerakan ini?

Saya sebenarnya didatangi oleh sekumpulan orang muda meminta saya mengetuai gerakan ini, kerana, menurut mereka, sudah tiada orang yang mahu berjuang lagi untuk mempertahankan bahasa mereka.

Saya terima dengan syarat gerakan ini bergerak bukan untuk berperang melawan sesiapa tetapi semata-mata untuk meminta supaya pihak yang berkuasa memansuhkan PPSMI demi kebaikan dan kepentingan bangsa, pendidikan dan kemajuan negara berdasarkan model kita di Malaysia, bukan di Britain atau di Amerika Syarikat.

Kita tak usahlah berdolak-dalik lagi. Kita mempunyai banyak hujah, fakta dan hasil kajian untuk meyakinkan rakyat dan khususnya orang-orang dan pihak yang tidak faham tentang keburukan PPSMI itu.

Tugas saya dalam gerakan ini lebih banyak bersifat memberi nasihat dan sebagai tenaga pengimbang, memimpin gerakan yang kebanyakannya ditenagakan oleh orang muda yang sangat prihatin terhadap masalah bangsa, mengimbangi antara perasaan dengan realiti. Ketika ada yang datang bertanya kepada saya, saya fikir kenapa tidak? Jadi saya pun terima.

Dato' mengatakan tadi, bahawa media Melayu tidak begitu terbuka berbanding media Cina, isunya sekarang sejauh mana usaha-usaha ini boleh menekan kerajaan. Di mana kita lihat apabila kerajaan rasa survival politik mereka tergugat, barulah mereka akan bertindak. Jika sekadar tanda tangan dan hantar ke kerajaan, ia tidak begitu menekan. Sejauh mana usaha itu boleh memberi tekanan kepada kerajaan?

Tekanan bagaimana yang kita mahu buat? Rampasan kuasa? Tentera? Itu bukan caranya. Kita mahu menyedarkan pihak yang berkuasa dengan sebaik-baiknya bahawa PPMSI itu salah dan hendaklah segera dimansuhkan sebelum imej kerajaan sendiri akhirnya tergugat dan rosak dan mungkin akan dihukum oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Saya yakin kerajaan akan berfikir waras, dan kini mulai mendengar desakan. Jika tidak, saya percaya pilihan raya umum nanti mereka boleh telungkup. Orang Umno sendiri banyak yang bantah PPSMI. Cuma mereka takut. Ini kelemahan Melayu, takut menentang kesalahan, padahal mereka sepatutnya berani kerana kebenaran.

Jadi, perancangan awal GMP untuk mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat bagi membantah dasar PPSMI ini akan diteruskan Mac ini?

Ya, setakat ini perhimpunan tersebut akan diteruskan Mac ini. Tapi ini bukan perhimpunan demonstrasi, perhimpunan jalanan, tetapi ialah kumpulan yang mewakili ratusan ribu, mungkin berjuta rakyat yang menentang dasar itu. GMP hanya mewakili mereka.

Bagi pandangan Dato', mengapa dasar ini perlu dibantah dan memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar-pelajar?

Hal ini sudah kita jelaskan sedikit tadi. Kajian ilmiah, berdasarkan ilmu pendidikan dan ilmu budaya bahasa atau ilmu bahasa kognitif (yakni, bahasa sebagai alat pemikiran manusia). Kanak-kanak lebih mudah memahami konsep sesuatu ilmu, termasuk sains dan matematik, dalam bahasa asalnya, misalnya kanak-kanak Melayu dalam BM.

Jika ilmu itu diajarkan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu, ada dua masalah yang akan timbul. Pertama, dia kena belajar bahasa yang dia tidak tahu iaitu BI.

Keduanya, dia kena belajar pelajaran yang dia tidak tahu dalam bahasa yang dia tidak tahu.

Inikan masalah serius? Kanak-kanak itu mendapat pendedahan ilmu dan pengetahuan awal di persekitaran mereka dalam bahasa ibunda mereka.

Ini fakta berdasarkan kajian ilmu, tapi kita membuat keputusan tidak berdasarkan ilmu itu. Itu asasnya. Jika soal pendidikan sudah tidak ada asasnya, kacau dibuatnya.

Ada orang - termasuk orang yang 'berilmu' - yang berkata, apalah orang Melayu nak bising sangat. Hanya dua mata pelajaran sahaja yang terlibat, iaitu sains dan matematik. Itu kata mereka.

Orang 'berilmu' tidak semestinya dia tidak jahil. Yang terlibat bukan dua mata pelajaran sahaja tetapi ialah 89 subjek yang dianggap berteraskan sains.

Jikalau orang Melayu tidak lagi dibenarkan mempelajari sains dan matematik dalam BM, akhirnya tidak ada orang Melayu yang boleh menjadi doktor perubatan, jurutera, ahli kimia, ahli biologi, botani dan lain-lain lagi dalam bahasa Melayu, kerana mereka tidak belajar sains dalam bahasa ini.

Tidak ada orang Melayu yang mampu bercakap dan berbincang tentang pelbagai bidang sains itu dalam bahasa Melayu. Ini sedih. Ini tragedi bagi bahasa Melayu, budaya Melayu, dan bagi bangsa Melayu.

Masalah yang patut diselesaikan oleh kerajaan dan pakar-pakar pendidikan di Kementerian Pelajaran (kalau masih ada pakar pendidikan di situ) ialah, memperbaiki pelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah.

Tidak munasabah, pelajar yang belajar bahasa Inggeris selama sembilan tahun (dari darjah 1 hingga ke peringkat SPM) akhirnya kebanyakannya tidak menguasa bahasa ini dengan baik.

Ini dahsyat! Kalau kaedahnya betul, orang boleh menguasai apa-apa bahasa pun dalam masa yang singkat, tidak sampai 9 tahun!

Kesimpulannya, kanak-kanak ini perlu diajar melalui bahasa ibundanya, tetapi bahasa kedua hendaklah diajar dengan cekap supaya kanak-kanak ini apabila sampai ke peringkat menengah dia juga sudah boleh memahami istilah-istilah sains matematik dalam BI itu, di samping istilah dalam BM.

Maknanya, jika ada pilihan bahawa dasar ini diajar di peringkat menengah, Dato' dan pejuang bahasa ini boleh bersetuju?

Saya tidak setuju. Satu soalan saya hendak tanya kepada pihak yang membuat keputusan ini.

Apakah mereka membuat keputusan itu kerana pengajaran sains matematik yang diajar dalam BM sebelum 2003 itu gagal, menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak tidak menguasai matematik sains kerana diajar dalam bahasa ibunda mereka?

Pergilah ke mana-mana negara seperti Korea, Jepun, China, dan semua negeri di Eropah; dan di Finland, misalnya. Sains dan matematik semuanya diajarkan dalam bahasa mereka, tidak dalam bahasa Inggeris.

Finland ialah negara kecil; bahasanya tidak sebesar bahasa Melayu, tetapi negara itu boleh maju dalam bidang sains dan teknologi. Kanak-kanak Finland belajar dalam bahasa mereka.

GMP bukan anti-BI, tapi hendak mempertahankan apa yang benar, tolak yang tidak benar.

Kita mahu kerajaan selesaikan masalah kelemahan bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran kita. Banyak sarjana kita lulusan dalam bahasa Melayu.

Suruh mereka mengajar sains dan matematik di Universiti Oxford, mereka tetap boleh mengajar dalam bahasa Inggeris - sebab bahasa Inggeris mereka cukup baik, dan bahasa Melayu mereka juga cukup baik.

Apakah orang yang membuat keputusan ini fikir hanya mereka yang benar? Dasar itu sahaja yang benar? GMP bukan musuh. Adakah kami yang mempersoalkan dasar ini bodoh, tak betul, tak benar? Kita bangsa Melayu mesti membuat sesuatu berdasarkan kebenaran. Benda yang tiada masalah dijadikan masalah, meleret hingga enam tahun.

Selain dari masalah pimpinan politik, jika Dato' sedar, di peringkat sarjana di universiti juga menghadapi masalah sama. Bukan sahaja matematik dan sains, tapi subjek lain seperti sains sosial, malah khabarnya sastera Melayu yang tidak ada kena mengena pun, pihak pentadbir meminta pensyarah mengajar dalam bahasa Inggeris?

Itulah akibatnya, sudah melarat-larat. Sepatutnya pensyarah ini ditegur kerana melanggar dasar negara. Ada universiti yang mengajar kesusasteraan Melayu dalam bahasa Inggeris. Kan bodoh ni.

Saya menggunakan istilah bodoh ini sebab tidak tahu nak guna istilah apa lagi. Sebab kita sendiri yang punahkan bahasa kita. Bukan negara atau bangsa lain yang suruh kita ajarkan ilmu dalam BI, tapi pemimpin kita sendiri.

Di dunia terdapat puluhan negara yang maju yang menggunakan bahasa sendiri. Jepun, China, Korea yang maju. Mereka guna bahasa ibunda mereka, bukan bererti mereka tidak tahu BI.

Dari segi perkembangan ilmu, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam terjemahkan buku suatu ketika dahulu begitu aktif. Kini seolah-olah tiada buku baharu?

Kita terjemahkan buku, bukan terjemahkan buku yang ilmunya kita boleh tulis sendiri. Ini yang patut digalakkan, iaitu menulis karya ilmu dalam bahasa kita sendiri. Kita patut menterjemahkan buku dalam bahasa lain yang bercorak klasik sahaja. Buku klasik isinya tidak berubah.

Karya pemikir Islam yang agung, seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, dan banyak lagi, ilmuwan Barat sendiri 'tabik' terhadap kehebatan pemikir Islam itu. Karya seperti itulah yang perlu ada terjemahannya dalam bahasa Melayu, bukan asing yang sifatnya popular, yang isinya sering berubah-ubah.

Buku matematik dan sains ini tidak perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu; sarjana kita sendiri boleh menulisnya dalam bahasa Melayu, kecuali jurnal-jurnal ilmu dan hasil kajian ilmu dan saintifik yang benar-benar 'original', bahan seperti itu mungkin perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Teori baru itu pun tidak banyak orang mengetahuinya. Masa Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) ditubuhkan kita menggunakan buku dari Indonesia, malah pensyarah pun dari sana. Yang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik, tidak ada masalah pun untuk memahami buku dalam bahasa Melayu-Indonesia.

Dengan pelbagai tekanan kini, apa harapan Dato' agar kerajaan menimbang semula dasar ini?

Saya berharap kementerian yang berkenaan pergi melawat sekolah di luar bandar, sekolah yang tercorot. Tengok sendiri keadaan kanak-kanak di situ.

Jangan pergi ke sekolah bandar sahaja, sekolah 'elite'. Itu tidak adil. Buat sekarang, jangan duduk sahaja dalam bilik, buat kajian berdasarkan data dan statistik yang pilih-pilihan (selektif).

Kita di rantau ini berada dalam tamadun berbahasa Melayu, bukan dalam tamadun bahasa Inggeris. Lebih 200 juta manusia mengetahui bahasa Melayu-bahasa Indonesia. Ini bukan bahasa kecil.

Ini bahasa yang telah membentuk suatu tamadun yang besar di rantau ini. Tamadun ini perlu dipertahankan oleh pemimpin hari ini, jika ini tidak dipertahankan BM akan menjadi bahasa pinggiran di Malaysia.

PPSMI ini perlu dilihat dari segi konteks yang besar, bukan dari dua tiga orang pembuat dasar. Apa yang akan terjadi pada bangsa Melayu datang jika mereka tidak belajar sains dalam bahasa Melayu?

Adakah mereka boleh mencipta ilmu baru, sains baru, teknologi baru dalam bahasa kita?

Kita kena melihat masalah PPSMI ini dari sudut yang luas itu. - mks. _

+++ Kalu gini macamg mane urang ulu nak buleh Starpeket(certificate) ? ....doh nak lepas skoloh pung susoh....

Amber ambik topit(topik) ni pasa tadi jupe saing kat keda ... dia kabor (bgtau)anok dia dok paham setabuk hamer(langsung) blajor pasa ilmu hisab(matematik) ngan sainsng (sains) berat nanang :)

++ berjegong (terlalu panjang) atikel ni mesti mu malas nok baca ott oot (kan kan)

Saturday, February 14, 2009

Dok ingat starang (lupa terus)























Tadi sambil sambil cari idea terjumpa pulok Happy Valentine Day. Seme(semua) happy valentine day...hari ingat kasih(kekasih)huhuhuhuhu patuklah ramai ngat org dapat bunga...:)
Tapi Deme(awak) tahu ker valentine day tu mender?

Valentine's Day started in the time of the Roman Empire. In ancient Rome, February 14th was a holiday to honour Juno. Juno was the Queen of the Roman Gods and Goddesses. The Romans also knew her as the Goddess of women and marriage. The following day, February 15th, began the Feast of Lupercalia.


The lives of young boys and girls were strictly separate. However, one of the customs of the young people was name drawing. On the eve of the festival of Lupercalia the names of Roman girls were written on slips of paper and placed into jars. Each young man would draw a girl's name from the jar and would then be partners for the duration of the festival with the girl whom he chose. Sometimes the pairing of the children lasted an entire year, and often, they would fall in love and would later marry.


Under the rule of Emperor Claudius II Rome was involved in many bloody and unpopular campaigns. Claudius the Cruel was having a difficult time getting soldiers to join his military leagues. He believed that the reason was that roman men did not want to leave their loves or families. As a result, Claudius cancelled all marriages and engagements in Rome. The good Saint Valentine was a priest at Rome in the days of Claudius II. He and Saint Marius aided the Christian martyrs and secretly married couples, and for this kind deed Saint Valentine was apprehended and dragged before the Prefect of Rome, who condemned him to be beaten to death with clubs and to have his head cut off. He suffered martyrdom on the 14th day of February, about the year 270. At that time it was the custom in Rome, a very ancient custom, indeed, to celebrate in the month of February the Lupercalia, feasts in honour of a heathen god. On these occasions, amidst a variety of pagan ceremonies, the names of young women were placed in a box, from which they were drawn by the men as chance directed.


The pastors of the early Christian Church in Rome endeavoured to do away with the pagan element in these feasts by substituting the names of saints for those of maidens. And as the Lupercalia began about the middle of February, the pastors appear to have chosen Saint Valentine's Day for the celebration of this new feaSt. So it seems that the custom of young men choosing maidens for valentines, or saints as patrons for the coming year, arose in this way.

+++ amber kabor jer ... khas utk saper-saper yang suka gat ikut omputih :P

dengang harapang nok ikut omputih pung bior berpada pada....

zamang lening senang ..guna internek jer semua buleh tahu....zaman amber dulu kena see yek (koyak) buku lebry (library)nak dapak maklumak...nak beli buku maha(mahal) kita sesok(miskin)


Puasang (bosan)


ni gambor sekadar hiasang sahaje








BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

++ Saja letok sini untuk ingatkang amber sokmo lagipun puasang (bosan) tak dok idea nok wak keje :)

Friday, February 13, 2009

politik jap :)























Tadi kelakor pulok tv1 kabo Orang reepuk (report) polis pasal Kapa sing.Sekarang ni bising bangor(kecoh) sana sini org cakap pasal hok org melayu......bagi amber hok org melayu mender gok selama ni Melayu sama melayu pung lebong sama sendiri..dengki dan banyok lagi.pada duk main gitu jer...

Tengok tganu (kuwait malaysia) doh ler... Urang Ulu miskin Melayu bersepah sepah patut pung dapat award no2 termiskin kat mesia....power..Dok ker melayu sendiri buat?pikir pikir sendiri ler ..urang leni bijok bijok blaker maklum lah lepasang nabasiti (universiti) blaker ....guna otok mikir jgn guna pala(kepala) lutut doh.

Kesimpulangnyer bagi amber secara peribadi melayu dok melayu.. yang penting Islam ..Duk kejor ke pitih(duit) ...pah ceroh sedor sedor mati?guaner nok buat?nok reebehh (reverse) balik mintok idup smula?kirim salam ler

keje tetap keje kena balance.keje kat dunia pung bekalang kat akhirat jugok....nak tahu detail lagi tanya ustaz azhar :)
amber bukan pro sapa sapa tapi Allah bagi otok supaya pikir secara waras.

sabor ajer ler


















Semalang (yersterday) member bgtau ada offer keje kat obersea...gaji tik tok (tip top), kete, umah semua tanggung mcm biasa ...kalu nak ari ni jugak belikan ticket.aduhh nak wat ganer tahu. amber malas doh nak makang gaji...kalu gi jugak maknernyer life begins at 40 ler susoh doh nak balik sini smula..

Semua urang dok stuju nok nok(terutama) ayoh ngan cik(mak) amber..... puas mikir last skali kira dok payoh ah keje diri (sendiri) ajer ler..biar ah buleh sikit pun janji duk tganu.. amber kena sound Kat mok dara(makcik saudara) "doh dok puas lagi dotong(jalan)" duk sini jer kawing!!! org lain seme dah kawing "hehehehehehe sapo nok jawab? sila sila

sok ping (shopping)


















Ari ni ...biasa ler amber gi sokping (shopping) kat bundle....ingat nok cari nek tar (neck tie) tapi dok juper starang (langsung) hok comel...biasa hok lepas lepas taing(time) kita tak buh (mahu) ada banyok.... taing kita nok susohler pulok nok buleh...

Bundle sini kira ok gok...barang sekayheng (second hand) biasa lah ada ok ada dok ok..kena rajin belek atau kelebek...tapi kasut baik beli baru jer pasal reger(harga) lebih kurang baru jer cuma tambah 2-3 rial sama ngan reger kasut baru..alasang pasal kasut tu branded..yer lah kalu branded pung survey dulu market price baru braper dok?

Dulu saing(kawan) kabor barang muroh blaker tapi leni(sekarang) Orang jual(peniaga) doh tahu barang barang branded etc. tu pasal dia letok reger tinggi. amber suka pakai barang cap ayam jer biasa biasa janji selesa. Ari ni kurang sikit urang dok tahu naper.

Thursday, February 12, 2009

Zamang remaja :)









1995 mase kat Sah Alang (shah alam) balik dari klenek (clinic) kat kolej seroja hehehehe

Amber paka(moto) onda samah(honda c70)












1998 ni hari last keje sebelung cabut further study :)








Sementare duk tunggu email upload (file berat nanang) nak send email amber layang ni dulu.
Tadi masa cari buku...duk kelibek(buka dengan sopang kot) dalam kotok(kotak) juper ler
elbeng(album) lame lame.

i nakk gi Tujuh E kejap beli barang beb (ckp luar tu)

rilex kejap

















Ari ni tak kuar lagi dari umah...stressnyer...nasib baik ada jugok ayamg serama kat umoh ni boleh gak main main bagi makang.Research semua dalam bahasa jermang ngan turkey sakit jiwe...nak cari benda kecik jer tapi semua kena baca baru ada feel dok gitu...susoh nak wat keje member still lagi kat obersea nak ym kena mlm jer pah ceroh pulok dok tido sabor jer ler

Bulang 5 dia balik senang skit amber....bebelas tahung dok tido mlm letih doh.
betul kata org tua tua bukang senang nok senang..taing(time) belajor susah taing(time) keje pun susoh jugak...same gak taing(time) cari awek org kata taing(time) keje senang jupe awek ? ambik mung mana ada juper atu(hantu) ader ler mane doknyer balik keje sokmo kul 1-2 am..
atu (hantu) byk ler taing(time) tu..pesanang utk pelajor carilah awek/balok taing(time) ngaji lagi kalu tidok dok rok cetong ler hehehehehe

Bukan apa taing(time) ngaji lebih better kita kenal awek /balok tu dari kita kenal kat luar. lagipun taing tu kita susoh lagi.Tapi jgn lak bila dah couple tu dating pah ceroh...org bila dah couple kohor(makin) kuat blajor.kabor jer...

Hari ni nak pecoh pala(kepala) member hok terror jermang dok online pulok aduhhh amber jermang aaaukk(out) arab pun aaaukk(out)jugok.Ada skali tu kat imirgreseng(imigresen) pegawai imirgreseng(imigresen) tanya amber....awek cun ni (pegawai) tapi dia dok tgk pung
kat amber(doh kite urang Ulu)

Pegawai cun
: u want visa? tapi dia bunyi sebutang dia mcm s**l bunyi mcm awok nak pizza
amber : aper ke hell(hal)nyer dia tanya aku nak pizza.. bengong....tapi kalau mintak pizza bbq or hawaii ker best gok ni (amber ckp dlm ati lah ) lama gak amber duk glewak sembang nak soheh(confirm) ngan pegawai cun tu tapi dia kata u want pizza jugak

Last skali polis mari tanya pasal visa...nak visa rupanyer hampeh sunggoh....semua org kat situ suka selok(suka tahap dewa guling guling) susah gak nak sesuai ngan loghat awok tu mcm loghat ganu gok...pengalamang paling bengong kalu dia tanya u have visa ker buleh gok kita takap(anggar)
smula ah kita ceriter :)

PROF. DR. FUAT SEZGİN KİMDİR?























Leni amber lorat(sibuk) skit research pasal mamat ni gtg (dok lunch lagi ari ni)

Wednesday, February 11, 2009

The Museum of Nature






























Kang lagi best kalu Teganu buat The Museum of Nature buat kat kenyir. slow slow tunggu amber jadi MB hehehehe

++ sori ah gambor reyok tepang(senget banget) amber dok reti(tak pandai) nak ekjas(adjust)



ZU (ZOO)


bijok bijok teganu dah ada zu(zoo) kat kemamang di Bukit Takal...mana tu?mintak maaf byk bukang nok gong(sombong) memang amber dok tahu starang barah kat mana...bando cukai tahu ler :)

Beleber

Doh dekat nok 2 tahung amber balik ganu...best giler semua keje kat sini slow...jalang raya pung jem sekali skala jer taing (time) raya or taing (time) cuti..gerlewak sikit pun kat maiding jer...

Mula mula balik dulu pah ceroh baham see foot( seafood) nasi dagang, kepek sagu, beronok etc pastu pose kat sini lak, pasor malamg, bundle tanjung besor tu etc....mong sung kap (moonson cup) tapi rama org dok mari kelih(tengok) mcm tak dok makna jer

Skejap gi pata batu buruk wak mender pun amber dok tahu....mase tu tdok tahu mana nak lepak...abis komang gi pustaka seri intan tgk buku..secret recepi masa tu baru nak buka (klas org ganu leni.) lepas pada tu baru byk buka kat sini mcm tujuh E(7eleven), kopitimg, jayeng(giant) etc. skg ni kul 3 am mcm kul 3pm rama org duk tgk bola di maiding.
Kalu dulu kul 8 kambing duk tido atas jalang raya..(tapi bukang di kuala lah ...nung kubang lembik nu)

Last week AmbeR lalu jalang dlm lauk(laut) kat airpork(airport)..teruja gok teringat masa kat obersea dulu...(suka sorang dlm kete).
Rindu kat saing saing skoloh maner tau pergi belaka..mesti semua doh beranak pinok...Amber gok dok rok cetong :P
Tapi dak pe you're gonna get it right some time... It's how you see the world hahahahaha

Amber urang ulu

TODAY...Tang malang tumbah duk bandor tunggu saing.... nak wak ganer saing dok leh lawang. Bolok wok skali ...
Amber cemu rasa duk main nunggu.Rama org di bandor mcm mcm ada...mcm mcm fesyeng ada maju :( doh leni...berat nanang....
Amber rasa catatang seorang nelayang tu mcm dok zezuai jer...nak letak tajuk blog ni...tu pasal amber tukar jadi rocker tapi dlm bahasa jermang..

I want to say that I’m really glad to make a little discovery today heHEHEe
Amber Urang Ulu dang mahu jadi urang Ulu...

Tuesday, February 10, 2009

MENDER TAHU

This is for you!

When all is said and done
We're not the only ones
Who look at life this way
That's what the old folks say
But every time I see them
Makes me wish I had a gun
If I thought that I was crazy
Well I guess I'd have more fun


the Catcher In The Rye Again
Won't let ya get away from him
It's just another day...
Like today

You decide
Cause I don't have to
And then they'll find
And I won't ask you
At anytime
Or long hereafter
If the cold outside's
As I'm imagining
It to be


When all is said and done
We're not the only ones
Who look at life this way
That's what the young folks say
And if they'd ever change
As that reminds to say
But every time I see them
Makes me wish I had a gun
If I thought that I was crazy
Well I guess I'd have more fun
Cause what used to be's
Not there for me
And ought to for someone
That belongs...
Insane...
Like I do

On an ordinary day
Not in an ordinary way
All at once the song I heard
No longer would it play
For anybody
Or anyone
That needed comfort from somebody
Needed comfort from someone
Who cared
To be
Not like you
And unlike me

And then the voices went away from me
Somehow you set the wheels in motion
That haunt our memories
You were the instrument
You were the one
How a body
Took the body
You gave that boy a gun

You took our innocence
Beyond our stares
Sometimes the only thing
We counted on
When no one else was there

amber jupe kure


berat jugok kure ni..set eehh nok ngakat..mujur body katang

waner gamok deme

Guane gamok orang Tranung kite

(Apa khabar orang Terengganu Kita)

Arak-arak se’gor megor

(Harap-harap segar bugar)

Dok kemama lagi

(Tidak lalai lagi)

Kalu gi’tu orang kite baru ada kelah

(Kalau begitu orang kita baru ada kelas)

Baru jangok, boleh masuk bong

(Baru bergaya, boleh masuk cabaran)

Lawang dengang orang negeri laing

(Lawan dengan orang negeri lain)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok anok beranok kite di Besut nu

(Apa khabar anak beranak kita di Besut tu)

Dok soh nok nu’suk, dok payoh nok su’sut

(Jangan bersembunyi, tak payah nak menyembunyi)

Semangak roh Kuale Besut tu dok soh bia liuk

(Semangat roh Kuala Besut jangan dibiarkan jadi liut)

Mari kite same-same pisoh

(Mari kita sama-sama pisah)

Jangan lok sapa nge’suk

(Jangan biar sampai berundur)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok adik kakok di Setiu tu

(Apa khabar adik kakak di Setiu tu)

“I love you” bia se’buk slalu

(“I love you” biar disebut selalu)

Kite kasih pade tanoh bongsu kite tu

(Kita kasih pade tanah bongsu kita tu)

Dok soh wi kliru

(Jangan bagi keliru)

Mari kite same-same tapu

(Mari kita sama-sama tolong)

Jangang lok jadi berdebu

(Jangan biar jadi berdebu)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok pulok warih-waroh kite orang Kuala Terengganu

(Apa khabar waris-waris kita orang Kuala Terengganu)

Orang bando

(Orang bandar)

Biar rajing skit

(Biar rajin sedikit)

Su’sung molek bandor kite nie

(Susun sedikit bandar kita nie)

Dok soh ikuk dang

(Jangan ikut sempat je)

Paka plekong, paka skung

(Pakai lontar, pakai letak)

Mari kite same-same jage

(Mari kita sama-sama jaga)

Jangang lok, biar skung

(Jangan jadi terbiar)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok saing-saing kite di Kuale Brang

(Apa khabar kawan-kawan kita di Kuala Berang)

Urang ulu

(Orang hulu)

Lening rama doh bojeng rambuk perang

(Sekarang dah ramai berjambul rambut perang)

Tu tandenye, orang kite memang maju ikuk perkembangang

(Itu tandanya, orang kita memang maju ikuk perkembangan)

Mari kite same-same lembang

(Mari kita sama-sama kacau)

Jangang lok jadi ngambang

(Jangan biar jadi mengambang)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok pulok saing rodong kite di Marang

(Apa khabar pulak rakan karib kita di Marang)

Napoknye, Marang pung kite kena wi kedepang

(Nampaknya, Marang pun kita kena bagi kehadapan)

Baru seimbang

(Baru seimbang)

Biar takdok orang maroh

(Biar tiada orang marah)

Lakoh sikit-sikit patang larang

(Langkah sedikit pantang larang)

Mari kite same-same nganyang

(Mari sama-sama kita gayang)

Jangang lok ba’hang rambang

(Jangan biar hentam sebarangan)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok barang kali sdare-sdare kite di Dungun

(Apa khabar barang kali saudara-mara kita di Dungun)

Buak lah apa benda pung

(Buat lah apa benda pun)

Jangang sakang duk nengung

(Jangan suka duk termenung)

Ita-ita lah orang kite di Kuala Jenga

(Intai-intai orang kita di Kuala Jengal)

Pasir raja nung

(Pasir Raja tu)

Seluk bira jalang tu

(Lumpur tepi jalan tu)

Napok berdo’oh blokong

(Nampak sangat kotornya)

Mari kite same-same bangung

(Mari kita sama-sama bangun)

Jangang lok re’boh su’gung

(Jangan biar rebah berdebuk)

Guane gamok orang kite

(Apa khabar orang kita)

Guane gamok mok oh nye kaung krabak kita di Kemamang

(Apa khabar agaknya kaum kerabat kita di Kemaman)

Jangang lok nye makang sata

(Jangan biar makan satar)

Cuma telang lemang

(Cuma telan lemang)

Beri lah vitaming

(Bagilah vitamin)

Biar ceroh mate

(Biar cerah mata)

Baru dok chemang

(Baru tak lemah)

Mari kite same-same kucoh….

(Mari kita sama-sama tolong)

Jangang lok die bengang

(Jangan biar dia bengang)

Guane gamok orang Tranung kite

(Apa khabar orang Terengganu Kita)

Arak-arak se’gor megor

(Harap-harap segar bugar)

Dok kemama lagi



amber copy jer ni hehehehehe jangan maroh


(Tidak lalai lagi)